Terma Dan Syarat Penjualan

Dasar Jaminan dan Pemulangan

1. Pemulangan semula atau pertukaran hanya dibenarkan untuk produk yang salah dihantar ataupun yang sudah rosak.
2. Anda boleh menghubungi kami melalui info@nutrisuci.com ataupun WhatsApp +60193539093 untuk memaklumkan dan seterusnya pulangkan kepada kami di dalam bungkusan yang asal dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan. Anda hendaklah menanggung kos penghantaran kembali, dan setelah pemeriksaan kami mendapati dakwaan anda benar, kami akan memulangkan kos penghantaran kepada anda terhad kepada RM5.
3. Permintaan anda untuk bayaran balik atau pertukaran hanya akan diterima jika produk dipulangkan kepada kami tanpa dibuka. Permintaan anda mungkin ditolak jika syarat ini tidak dipenuhi.
4. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang bayaran balik dan pemulangan ataupun sebarang persoalan lain, anda boleh hubungi kami di info@nutrisuci.com atau WhatsApp +60193539093.

Perkhidmatan Selepas Jualan

1. Pesanan anda akan dihantar dalam tempoh 2 hari bekerja berikut setelah bayaran diterima.
2. Pesanan dijangka tiba 1-7 hari bekerja selepas itu, bergantung kepada keadaan seperti adanya seseorang yang boleh menerima pakej di alamat penghantaran.
3. Walaupun kami berusaha memastikan stok produk kami mencukupi, sekiranya kehabisan, anda akan dimaklumkan untuk tindakan seterusnya. Permintaan bayaran balik 100% boleh dipenuhi dalam masa 5-10 hari bekerja.
4. Dalam tempoh promosi kami, kami tidak mengenakan sebarang caj penghantaran.
5. Mohon periksa bungkusan apabila ia tiba. Tolong jangan terima jika bungkusan didapati terbuka.
6. Kami berharap anda memahami sekiranya kami tidak dapat memberikan bayaran balik bagi bungkusan yang anda sudahpun terima dan selepas itu dikatakan rosak ataupun kandungannya salah.
7. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai penghantaran ataupun sebarang persoalan lain, anda boleh menghubungi kami di info@nutrisuci.com atau WhatsApp ke +60193539093.